Khamis, 26 Mei 2011

ALHAMDULILLAH...




ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH..

Hari ini saya bersyukur ke hadrat ILAHI kerana tanpa saya menduga paggilan telefon daripada Mr Yusoff Petras warga Hungary sejak minggu lepas telah memberi rezeki buat saya sebagai PD Syarikat Public Gold..


Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr Yusoff kerana telah memberikan saya sepenuh kepercayaan untuk menguruskan pembelian dinar emas (Public Dinar)1 dinar x 20 keping, 5 dinar x 4 keping, 10 dinar x 1 keping dengan jumlah RM34542.00.

Hari ini merupakan hari bersejarah buat Myemasdinar4u...jadi apa tunggu lagi jika berminat untuk sandarkan RM anda dalan bentuk Emas fizikal sila call saya 019-5751570 dan rakan saya dibawah rangkaian myemasdinar4u...Jika berminat menjadi rakanniaga Myemasdinar4u juga anda amat dialu-alukan..TQ




Khamis, 21 April 2011

HARGA EMAS KEKAL TINGGI..

BERITA HARIAN 21 APRIL 2011




Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.


Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns. Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.


“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.


Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.


Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil. Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.


Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.


Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.


Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”


Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu. Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.


“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP

Emas Hong Kong catat rekod tertinggi..KOSMO 21 April 2011

SEORANG wanita berjalan melintasi sebuah kedai menjual barang kemas di Hong Kong semalam




HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.
Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.
Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns
Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.
Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.
Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.
Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns. - Agensi

Rabu, 13 April 2011

Harga Emas FGJAM Dah Naik!!


Alhamdulillah...

Bermula semalam harga emas di kedai2 emas dah naik selaras dengan kenaikan yang di tentukan oleh FGJAM (Federal Of Goldsmith And Jewellery Association). Kebiasaannya, tak lama lagi nilai marhun Ar-Rahnu di Agro Bank pun akan naik juga. Selamat memajak ya!

Ahad, 27 Februari 2011

Dinar emas, dirham Perak dilancar esok


IPOH 26 Feb. - Perak akan melancarkan dinar emas serta dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pada Isnin ini.

Projek hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) itu akan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan GoldNet, pembuatan dinar dan dirham berkualiti tinggi itu melibatkan sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Kangsar iaitu Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.

"Dinar dan dirham Perak direka secara unik. Jata negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang.
"Dinar Perak merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak," kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu juga, GoldNet telah melantik pengedar tempatan iaitu Nubex Sdn. Bhd. yang akan membeli dan menjual dinar serta dirham Perak ke seluruh Malaysia termasuk luar negara.

Menurutnya lagi, Nubex juga sedang dalam perbincangan dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) untuk mengedarkan syiling tersebut kepada pelbagai rangkaian cawangan yayasan tersebut.

Jumaat, 28 Januari 2011

Sedikit Pengetahuan Tentang Emas...

Assalamualaikum wbt...
Emas adalah satu aset yang berharga dan bernilai pada masa sekarang mahupun pada masa dahulu. Manusia memandang emas sebagai satu aset yang mahal dan sukar untuk dibeli memandangkan banyak lagi komitmen yang lebih penting seperti membayar ansuran rumah, ansuran kereta, simpanan tabung haji, ASB serta simpanan untuk anak-anak di masa akan datang. Jadi mereka memerlukan masa serta simpanan yang khusus untuk membeli emas sama ada sebagai pelaburan mahupun simpanan aset jangka panjang.Sewaktu negara mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 1998 sehingga 1999, Malaysia telah menjual separuh dari rizab negara iaitu sebanyak 36 tan simpanan emas untuk menstabilkan kembali ekonomi negara. Ini bermakna simpanan emas negara telah berkurangan hanya kepada 36 tan emas sahaja. Sumber dari World Gold Council.








Menurut World Gold Council lagi, Negara Malaysia hanya mempunyai 36.4 tan simpanan emas sehingga Disember 2009 jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Singapura (127.4 tan), Thailand (99.5 tan), Indonesia (73.1 tan) dan Filipina (156.5 tan). Amerika Syarikat pula adalah negara yang menyimpan jumlah simpanan emas yang paling banyak di dunia iaitu sebanyak 8133.5 tan diikuti dengan negara Jerman sebanyak 3401.8 tan simpanan emas negara dan IMF (International Monetory Fund) iaitu sebuah badan yang dikepalai oleh seorang Yahudi sebanyak 2827.2 tan dan ia berada di tempat yang ketiga mempunyai simpanan emas terbanyak di dunia. Sumber tersebut boleh diperolehi di bawah.



Malaysian berada di tangga 45 berbanding Indonesia di tangga 38 dan Singapore di tangga ke 25. Saya terfikir...mampukah Malaysia hendak mengejar India yang mempunyai rizab emas dalam negara sebanyak 557.7 tan sedangkan banyak berita sama ada dari internet mahupun di media arus perdana yang menyatakan India bukanlah negara yang kaya dan ramai dikalangan rakyatnya yang masih kebuluran. Ini kerana jurang di antara yang kaya dan miskin terlalu jauh. Namun demikian sekurang-kurangnya rakyat Malaysia masih diberi rezeki oleh Allah Taala. Alhamdulillah.....

Terdapat sebuah bank di Toronto, Kanada iaitu Royal Bank Plaza yang menyaluti setiap tingkap bangunan iaitu sebanyak 14000 buah tingkap dengan emas tulen 999.9 atau emas 24 karat. Ia bertujuan untuk mengurangkan kepanasan dan mengalihkan udara panas tersebut keluar dari banggunan. Dan sebenarnya ini adalah salah satu di antara kelebihan emas. Jumlah emas yang diperlukan untuk keseluruhan bangunan itu ialah sebanyak 7000 kilogram. Cuba anda bayangkan 1 gram emas sekarang berharga dalam lingkungan rm155.00 (24 karat), maka 7000 kg bersamaan dengan 7000000 gram X rm155.00 = rm1085000000.00. Nilai yang sebanyak itu digunakan hanya untuk menyalutkan 14,000 buah tingkap untuk sebuah banggunan dengan emas padu. Imej di bawah adalah imej Bank tersebut....









Kita tak menafikan keistimewaan dan kepentingan emas yang tidak terdapat pada logam-logam yang lain. Ini kerana emas memang dijadikan oleh Allah SWT sebagai logam yang bernilai dan diminati oleh manusia serta mempunyai keistimewaan dan kepentingan di dalam sains dan teknologi terkini dalam penggunaannya di masa sekarang mahupun akan datang.

Maka bolehkah kita bandingkan sekeping emas yang mempunyai nilai dengan hanya sehelai kertas yang dicetak sebagai matawang?

Tepuk dada, tanya aqal....Wa Allahua'lam


Sekian Myemasdinar4u

Selasa, 25 Januari 2011

INFO UMUM EMAS

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.STANDARD KETULENAN EMAS BARU

( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura22K mengikut ukuran lama

( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750 18K mengikut ukuran lama

( g ) 585 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lamaEmas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK

( a ) 958.4

( b ) 925

( c ) 830

( d ) 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM

( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN (24Karat)

CARA MENGUKUR KARAT

STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT

1000Contoh Pengiraan :Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).750 X 24 = 18K1000
Nama-nama lama panggilan kepada Emas :Emas 1 Dinar = 4.25gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
Emas Se Rial =2.70 gm
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm

sumber pelaburjutawan.com