Jumaat, 28 Januari 2011

Sedikit Pengetahuan Tentang Emas...

Assalamualaikum wbt...
Emas adalah satu aset yang berharga dan bernilai pada masa sekarang mahupun pada masa dahulu. Manusia memandang emas sebagai satu aset yang mahal dan sukar untuk dibeli memandangkan banyak lagi komitmen yang lebih penting seperti membayar ansuran rumah, ansuran kereta, simpanan tabung haji, ASB serta simpanan untuk anak-anak di masa akan datang. Jadi mereka memerlukan masa serta simpanan yang khusus untuk membeli emas sama ada sebagai pelaburan mahupun simpanan aset jangka panjang.Sewaktu negara mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 1998 sehingga 1999, Malaysia telah menjual separuh dari rizab negara iaitu sebanyak 36 tan simpanan emas untuk menstabilkan kembali ekonomi negara. Ini bermakna simpanan emas negara telah berkurangan hanya kepada 36 tan emas sahaja. Sumber dari World Gold Council.








Menurut World Gold Council lagi, Negara Malaysia hanya mempunyai 36.4 tan simpanan emas sehingga Disember 2009 jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Singapura (127.4 tan), Thailand (99.5 tan), Indonesia (73.1 tan) dan Filipina (156.5 tan). Amerika Syarikat pula adalah negara yang menyimpan jumlah simpanan emas yang paling banyak di dunia iaitu sebanyak 8133.5 tan diikuti dengan negara Jerman sebanyak 3401.8 tan simpanan emas negara dan IMF (International Monetory Fund) iaitu sebuah badan yang dikepalai oleh seorang Yahudi sebanyak 2827.2 tan dan ia berada di tempat yang ketiga mempunyai simpanan emas terbanyak di dunia. Sumber tersebut boleh diperolehi di bawah.



Malaysian berada di tangga 45 berbanding Indonesia di tangga 38 dan Singapore di tangga ke 25. Saya terfikir...mampukah Malaysia hendak mengejar India yang mempunyai rizab emas dalam negara sebanyak 557.7 tan sedangkan banyak berita sama ada dari internet mahupun di media arus perdana yang menyatakan India bukanlah negara yang kaya dan ramai dikalangan rakyatnya yang masih kebuluran. Ini kerana jurang di antara yang kaya dan miskin terlalu jauh. Namun demikian sekurang-kurangnya rakyat Malaysia masih diberi rezeki oleh Allah Taala. Alhamdulillah.....

Terdapat sebuah bank di Toronto, Kanada iaitu Royal Bank Plaza yang menyaluti setiap tingkap bangunan iaitu sebanyak 14000 buah tingkap dengan emas tulen 999.9 atau emas 24 karat. Ia bertujuan untuk mengurangkan kepanasan dan mengalihkan udara panas tersebut keluar dari banggunan. Dan sebenarnya ini adalah salah satu di antara kelebihan emas. Jumlah emas yang diperlukan untuk keseluruhan bangunan itu ialah sebanyak 7000 kilogram. Cuba anda bayangkan 1 gram emas sekarang berharga dalam lingkungan rm155.00 (24 karat), maka 7000 kg bersamaan dengan 7000000 gram X rm155.00 = rm1085000000.00. Nilai yang sebanyak itu digunakan hanya untuk menyalutkan 14,000 buah tingkap untuk sebuah banggunan dengan emas padu. Imej di bawah adalah imej Bank tersebut....









Kita tak menafikan keistimewaan dan kepentingan emas yang tidak terdapat pada logam-logam yang lain. Ini kerana emas memang dijadikan oleh Allah SWT sebagai logam yang bernilai dan diminati oleh manusia serta mempunyai keistimewaan dan kepentingan di dalam sains dan teknologi terkini dalam penggunaannya di masa sekarang mahupun akan datang.

Maka bolehkah kita bandingkan sekeping emas yang mempunyai nilai dengan hanya sehelai kertas yang dicetak sebagai matawang?

Tepuk dada, tanya aqal....Wa Allahua'lam


Sekian Myemasdinar4u

Tiada ulasan:

Catat Ulasan