

Jika anda seorang pelabur dalam emas ,semestinya keputusan pihak Arrahnu Agro bank dan Bank2 lain untuk tidak menerima Gold bar dan dinar adalah sesuatu yang agak perit untuk diterima...
Malaysian berada di tangga 45 berbanding Indonesia di tangga 38 dan Singapore di tangga ke 25. Saya terfikir...mampukah Malaysia hendak mengejar India yang mempunyai rizab emas dalam negara sebanyak 557.7 tan sedangkan banyak berita sama ada dari internet mahupun di media arus perdana yang menyatakan India bukanlah negara yang kaya dan ramai dikalangan rakyatnya yang masih kebuluran. Ini kerana jurang di antara yang kaya dan miskin terlalu jauh. Namun demikian sekurang-kurangnya rakyat Malaysia masih diberi rezeki oleh Allah Taala. Alhamdulillah.....
Terdapat sebuah bank di Toronto, Kanada iaitu Royal Bank Plaza yang menyaluti setiap tingkap bangunan iaitu sebanyak 14000 buah tingkap dengan emas tulen 999.9 atau emas 24 karat. Ia bertujuan untuk mengurangkan kepanasan dan mengalihkan udara panas tersebut keluar dari banggunan. Dan sebenarnya ini adalah salah satu di antara kelebihan emas. Jumlah emas yang diperlukan untuk keseluruhan bangunan itu ialah sebanyak 7000 kilogram. Cuba anda bayangkan 1 gram emas sekarang berharga dalam lingkungan rm155.00 (24 karat), maka 7000 kg bersamaan dengan 7000000 gram X rm155.00 = rm1085000000.00. Nilai yang sebanyak itu digunakan hanya untuk menyalutkan 14,000 buah tingkap untuk sebuah banggunan dengan emas padu. Imej di bawah adalah imej Bank tersebut....