Sabtu, 23 Julai 2011

Harga Barang Kemas FGJAM naik lagi.....



FGJAM ialah persatuan pekedai emas yang menetapkan harga emas berdasarkan pasaran semasa.Harga ini boleh dilihat di www.fgjam.org.my.Biasanya ia akan di update 2 minggu sekali.Jika harga emas turun dalam tempoh tersebut,harga emas FGJAM tetap sama.Namun bukan semua kedai emas mengikut harga ini,dan tak kurang juga yang mengikut harga ini 100% tak termasuk kos upah tukang.

Apakah alternatif terbaik?Pastikan anda mempunyai sedikit ilmu tentang emas dan buatlah keputusan yang terbaik sebelum membeli.Banyak kedai-kedai emas sekarang yang boleh dijadikan pilihan termasuklah syarikat-syarikat menjual emas secara online,serta orang persendirian yang designnya sama sahaja seperti kedai emas..cuma jenama sahaja tak ada.Contoh syarikat yang menjual barang kemas secara online ialah Public Gold yang semakin dikenali kini.Design boleh dilihat di www.publicjewellery.com.my.Ada juga blog-blog persendirian dan page di FB yang menawarkan barang kemas yang tak kurang menarik.

Mengapa bayar lebih untuk barang kemas sama yang anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah?


Jika tujuan anda untuk simpanan emas,maka pilihlah emas fizikal yang jauh lebih murah dari yang dijual di kedai emas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan