Rabu, 30 November 2011

Program Penukaran Gold Bar Kepada Jewellery..



Jika anda seorang pelabur dalam emas ,semestinya keputusan pihak Arrahnu Agro bank dan Bank2 lain untuk tidak menerima Gold bar dan dinar adalah sesuatu yang agak perit untuk diterima...
Namun kita perlu mencuba dengan cara yang terbaik untuk membuat "rolling"menggunakan "tool" Arrahnu yang telah tersedia..Di sini saya dapat membantu anda yang ingin membuat teknik gadaian dengan menukarkan Bar/dinar anda kepada bentuk jewellery yang semestinya lebih murah dari hrga pasaran dan tanpa upah..
Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya Rizal 019-5751570 Myemasdinar4u...

Ahad, 6 November 2011

GEMPAR!!! Jangkaan Kenaikan Harga Emas Bulan November 2011!!


Sejak 2 minggu yang lalu harga Emas telah pun kembali kepada trend pergerakan normalnya selepas hampir 2 bulan ianya bergerak dalam keadaan "Sideways" atau "Ranging" iaitu pergerakan menaik dan menurun dengan cepat serta berlaku dalam nisbah pergerakan yang kecil.

Saya selalu mengingatkan secara umum kepada para hadirin di setiap seminar, bahawa untung atau rugi dalam pelaburan ini hanya akan di ketahui pada ketika Emas tersebut dijual semula, dan bukannya pada ketika mana Emas tersebut dibeli.

Sebabnya? Walaupun harga Emas yang dibeli ketika itu berada di paras harga yang sangat rendah, dan berlaku kenaikan harga, tetapi Emas tersebut masih belum dijual sehinggalah harga Emas turun kembali, maka ianya masih lagi belum menguntungkan.

Pergerakan harga seperti ini tidak memberi kesan kepada Pelabur Emas, tetapi amat memberi kesan kepada para Pedagang Emas, iaitu mereka yang membeli Emas ketika harga rendah, dan ingin menjualnya semula apabila berlaku kenaikan harga untuk mendapatkan keuntungan

Boleh dikatakn kira-kira 85% individu yang saya temui, hampir kesemuanya ingin mendapatkan keuntungan melalui "Trading Gold" berbanding "Investing Gold". Sememangnya keuntungan dari aktiviti Beli Rendah dan Jual Tinggi ini amat menguntungkan, tetapi sekiranya kita cuma tahu bila nak BELI, tanpa mengetahui bila nak JUAL, maka ia boleh pula bertukar menjadi amat merugikan.

Rasanya ramai "Gold Trader" yang membeli Emas sebanyak2nya di penghujung bulan Jun yang lalu, tetapi amat sedikit yang menjualnya semula pada awal September yang lalu ketika harga Emas berada di paras yang paling tinggi, kebanyakan darinya merasa sayang untuk menjualkan semula Emas mereka.

Sebabnya? Ketika harga Emas sedang rendah, boleh dikatakan di setiap Wall Facebook dipenuhi dengan ayat-ayat manis pujukan, ada juga sindiran, bahkan juga perbandingan, dan kesemua ayat-ayat itu hanya untuk 1 tujuan, iaitu mempengaruhi orang ramai serta memberi nasihat pelaburan agar mereka semua membeli Emas sebelum harganya melonjak kembali.

Malangnya, belum pernah lagi walaupun sekali saya terbaca di Wall Facebook sesiapapun, susunan ayat dan perkataan yang bersungguh-sungguh menyuruh individu yang membeli Emas tadi agar menjualkan Emas mereka, mengambil keuntungannya dan seterusnya menunggu waktu yang sesuai untuk membuat belian semula.

Jadi, untuk julung-julung kalinya, saya akan memaparkan carta Analisis Teknikal bagi menjangka pergerakan harga Emas bagi tempoh kira2 2 bulan lagi sebelum menjelang tahun 2012, dan pada paparan carta ini bukan sahaja saya tandakan dengan paras2 harga yang terbaik untuk anda membeli lagi emas, tetapi saya tandakan juga di paras mana harga yang terbaik sekali untuk anda menjualkannya kembali.

Sumber Pelaburjutawan.com