Saya mendengar desas-desus mengenai harga emas yang terlalu tinggi ini sejak dari harga Gold berjaya melepasi paras $1,000/oz lagi. Pada ketika itu, banyak spekulasi baik daripada blog atau pun individu mengatakan yang amat berisiko untuk membuat pelaburan Emas kerana harganya sudah terlalu tinggi dan akan turun menjunam pada bila2 masa.
Saya hanya tersenyum saja kerana hakikatnya individu yang berkata itu sebenarnya langsung tidak pernah membeli emas dan membuat pelaburan ke atasnya dan masakan pula saya akan mendengar nasihat daripada seseorang yang tidak tahu memandu kereta, mengenai cara memandunya!!
Mungkin mereka kurang senang melihat orang lain mengaut keuntungan dengan kenaikan harga emas ini, justeru mereka yang tidak membuat pelaburan itu cuba membuatkan orang lain agar tidak membuat pelaburan juga kerana mereka lebih senang sekiranya mereka tidak untung, maka orang lain juga tak boleh untung!
Sehinggalah harga mencecah ke paras $1300/oz dan $1450/oz, spekulasi2 ini terus tersebar dan kini kembali tersebar sebaik sahaja harga mencecah ke paras $1600/oz. Pada saya mudah saja, tiada siapa yang tahu sejauh mana harga komoditi ini akan mendaki, kerana hakikatnya dari zaman Firaun sehingga kini harganya terus menerus mendaki tanpa henti!
Risiko???
Risiko yang sebenar adalah apabila kita membuat sesuatu yang kita tidak tahu mengenainya, dan lebih malang lagi apabila kita mendapatkan nasihat dari seseorang yang salah untuk membuat sesuatu yang kita dan mereka juga tidak tahu. Contoh, mendapatkan nasihat pelaburan dalam Unit Amanah (Unit Trust) dari seseorang yang tidak melabur pun di dalam Unit Amanah tersebut, mungkin gayanya seperti amat berpengalaman dan tahu serba serbi mengenai pelaburan itu, namun hakikatnya Unit Trust Consultant (sebenarnya Salesman Unit Amanah) itu sendiri tidak melabur dalam dana2 yang di cadangkan kepada kita.
Mereka tidak tahu bagaimana untuk mengurus risiko, mereka tidak merasa apa yang dirasakan oleh si Pelabur tadi, gangguan emosi, tekanan mental melihat harga saham yang dibeli semakin jatuh dan terus jatuh, dan nasihat yang biasa diberi oleh Salesman itu kepada client tadi ialah "Beli Lagi (Dollar Cost Averaging)" atau "Switching Fund"!!
Kedua2 nasihat itu tidak kira yang mana satu pun yang dipilih pasti ianya akan memberi keuntungan!! Tetapi bukan kepada si Pelabur, sebaliknya kepada si Salesman kerana setiap kali Pelabur membeli unit tambahan maka mereka akan mendapat komisyen dan sama juga sekiranya si Pelabur membuat switching fund.
Rugi atau untung itu masalah si Pelabur, yang pasti si Salesman tetap akan mendapat komisyen. Justeru, jika mahu mendapatkan nasihat pelaburan, pastikan anda berjumpa dengan individu yang melabur ke atas sesuatu pelaburan itu, dapatkan nasihat, teknik dan cara berdasarkan pengalaman yang telah dilalui sepanjang penglibatannya di dalam pelaburan tersebut.Kalau nak melabur dalam komoditi Emas Fizikal, dapatkan nasihat dari Pelabur Emas yang berpengalaman dan telah berjaya membuat keuntungan, bukannya dari seorang Tukang Buat Emas atau dari seorang Pelabur Saham.
Walaupun Michael Schumacher seorang pemandu F1 yang menyandang gelaran Juara Dunia, namun beliau juga tidak tahu serba serbi mengenai kenderaan yang dipandunya dan begitu juga dengan mekanik kenderaannya yang tahu mengenai serba serbi kenderaan itu, dia juga tidak mampu memandunya sehebat Schumacher!
sumber pelaburjutawan.com