Jumaat, 28 Januari 2011

Sedikit Pengetahuan Tentang Emas...

Assalamualaikum wbt...
Emas adalah satu aset yang berharga dan bernilai pada masa sekarang mahupun pada masa dahulu. Manusia memandang emas sebagai satu aset yang mahal dan sukar untuk dibeli memandangkan banyak lagi komitmen yang lebih penting seperti membayar ansuran rumah, ansuran kereta, simpanan tabung haji, ASB serta simpanan untuk anak-anak di masa akan datang. Jadi mereka memerlukan masa serta simpanan yang khusus untuk membeli emas sama ada sebagai pelaburan mahupun simpanan aset jangka panjang.Sewaktu negara mengalami kemerosotan ekonomi pada tahun 1998 sehingga 1999, Malaysia telah menjual separuh dari rizab negara iaitu sebanyak 36 tan simpanan emas untuk menstabilkan kembali ekonomi negara. Ini bermakna simpanan emas negara telah berkurangan hanya kepada 36 tan emas sahaja. Sumber dari World Gold Council.








Menurut World Gold Council lagi, Negara Malaysia hanya mempunyai 36.4 tan simpanan emas sehingga Disember 2009 jika dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Singapura (127.4 tan), Thailand (99.5 tan), Indonesia (73.1 tan) dan Filipina (156.5 tan). Amerika Syarikat pula adalah negara yang menyimpan jumlah simpanan emas yang paling banyak di dunia iaitu sebanyak 8133.5 tan diikuti dengan negara Jerman sebanyak 3401.8 tan simpanan emas negara dan IMF (International Monetory Fund) iaitu sebuah badan yang dikepalai oleh seorang Yahudi sebanyak 2827.2 tan dan ia berada di tempat yang ketiga mempunyai simpanan emas terbanyak di dunia. Sumber tersebut boleh diperolehi di bawah.



Malaysian berada di tangga 45 berbanding Indonesia di tangga 38 dan Singapore di tangga ke 25. Saya terfikir...mampukah Malaysia hendak mengejar India yang mempunyai rizab emas dalam negara sebanyak 557.7 tan sedangkan banyak berita sama ada dari internet mahupun di media arus perdana yang menyatakan India bukanlah negara yang kaya dan ramai dikalangan rakyatnya yang masih kebuluran. Ini kerana jurang di antara yang kaya dan miskin terlalu jauh. Namun demikian sekurang-kurangnya rakyat Malaysia masih diberi rezeki oleh Allah Taala. Alhamdulillah.....

Terdapat sebuah bank di Toronto, Kanada iaitu Royal Bank Plaza yang menyaluti setiap tingkap bangunan iaitu sebanyak 14000 buah tingkap dengan emas tulen 999.9 atau emas 24 karat. Ia bertujuan untuk mengurangkan kepanasan dan mengalihkan udara panas tersebut keluar dari banggunan. Dan sebenarnya ini adalah salah satu di antara kelebihan emas. Jumlah emas yang diperlukan untuk keseluruhan bangunan itu ialah sebanyak 7000 kilogram. Cuba anda bayangkan 1 gram emas sekarang berharga dalam lingkungan rm155.00 (24 karat), maka 7000 kg bersamaan dengan 7000000 gram X rm155.00 = rm1085000000.00. Nilai yang sebanyak itu digunakan hanya untuk menyalutkan 14,000 buah tingkap untuk sebuah banggunan dengan emas padu. Imej di bawah adalah imej Bank tersebut....









Kita tak menafikan keistimewaan dan kepentingan emas yang tidak terdapat pada logam-logam yang lain. Ini kerana emas memang dijadikan oleh Allah SWT sebagai logam yang bernilai dan diminati oleh manusia serta mempunyai keistimewaan dan kepentingan di dalam sains dan teknologi terkini dalam penggunaannya di masa sekarang mahupun akan datang.

Maka bolehkah kita bandingkan sekeping emas yang mempunyai nilai dengan hanya sehelai kertas yang dicetak sebagai matawang?

Tepuk dada, tanya aqal....Wa Allahua'lam


Sekian Myemasdinar4u

Selasa, 25 Januari 2011

INFO UMUM EMAS

APA ITU KARAT ( K ) ?
KARAT adalah standard atau ukuran lama ketulenan emas.24 K (Karat) adalah dikenali sebagai Emas Tulen.STANDARD KETULENAN EMAS BARU

( a ) 999 Emas Tulen 99.9% kandungan emas.Dikenali sebagai Emas Kertas / Emas Sepuluh / Chuk Kam24K mengikut ukuran lama

( b ) 950 Emas Kelantan atau Emas 9½

( c ) 916.6 Emas Singapura22K mengikut ukuran lama

( d ) 875

( e ) 835

( f ) 750 18K mengikut ukuran lama

( g ) 585 14K mengikut ukuran lama

( h ) 375 SUASA – 9K mengikut ukuran lamaEmas 900 ( atau Emas Sembilan ) dan Emas 800 ( atau Emas Paun ) tidak lagi wujud.

STANDARD KETULENAN PERAK

( a ) 958.4

( b ) 925

( c ) 830

( d ) 800

STANDARD KETULENAN PLATINUM

( a ) 950 bermakna 95.0% kandungannya.

CARA MENGUKUR STANDARD KETULENAN

KARAT X 100 = STANDARD KETULENAN (24Karat)

CARA MENGUKUR KARAT

STANDARD KETULENAN X 24 = KARAT

1000Contoh Pengiraan :Standard Ketulenan Emas 750 ppt ( parts per thousand ) adalah bersamaan 18K (karat).750 X 24 = 18K1000
Nama-nama lama panggilan kepada Emas :Emas 1 Dinar = 4.25gm
Emas Se Amas = 2.551 gm
Emas Se Rial =2.70 gm
Emas Se Kupang = 0.64 gm
Emas 2 Kupang = 1.28 gm ( Kupang Terengganu )
Emas 6 Suku ( sama dengan 1½ mayam ) = 5.06 gm
Emas 5 Busak ( sama dengan ½ Mayam ) = 1.69 gm

sumber pelaburjutawan.com

Sabtu, 8 Januari 2011

Harga Emas Dunia Bakal Mencecah Paras AS$1,500 (RM4,650) Satu Auns




KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon.
Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.


''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat.''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini.Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.

Rabu, 5 Januari 2011

Demand For Gold Increase, Temporary Fall Is A Good Sign To Load Your Basket - Bloomberg











Ramai yang bimbang dengan penurunan harga emas. Mengikut data fundamental dari Bloomberg, ini hanyalah sementara saja berikutan peningkatan Data "Factory Orders" di Amerika semalam.Ambil peluang ini untuk lock gold & silver pada harga yang rendah!!
dipetik dari pelaburjutawan.com
SEKIAN myemasdinar4u




Sabtu, 1 Januari 2011

Simpan 10 Dinar Untuk Pergi Haji Tahun 2015




Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
“Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).”
Setiap tahun kos menunaikan haji dalam bentuk Dinar Emas turun.
MENGAPA?
“KERANA NILAI EMAS SENTIASA NAIK!”
KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:-
Tahun 2002:-1 Dinar = RM140Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140Jumlah = RM9100.00Dinar yang diperlukan adalah 65 keping.
Tahun 2009:-1 Dinar = RM502Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502Jumlah = RM9036.00Dinar yang diperlukan adalah 18 keping.
“Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan!”
CARA PENGIRAAN:-
Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009
Kos Haji pada tahun 2009 = RM9036.00
Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:-RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) – RM9036.00 (kos haji) = RM23633.00
Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :-RM23,633.00 /RM504 = 47 keping.
KESIMPULAN:-
Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun.Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:-
33.3-39% p.a
“Maksudnya,anda mungkin perlukan 10 keping untuk menunaikan haji pada tahun 2015″
Sekian Myemasdinar4u 019-5751570