Rupa2nya setelah saya kaji dan selidiki, kunci utama yang perlu diketahui ialah sebenarnya sistem kewangan kini sudah tidak adil lagi. Justeru, amat penting untuk kita ketahui peraturan2 dalam sistem kewangan masa kini dan kita perlu mengambil kesempatan dari nya.Jika kita hanya mengikut sistem yang telah dimanipulasi ini secara bulat2, selama itulah kita takkan mencapai kebebasan kewangan. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan kebijaksanaan mnengurus kewangan, dan kebijaksanaan ini hanya dapat dicapai apabila anda mampu menyelesaikan masalah kewangan anda!!Orang kaya menjadi kaya disebabkan mereka mempelajari bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan, dan mereka melihat masalah kewangan sebagai peluang untuk belajar, menimba pengetahuan dan untuk menjadi lebih bijak seterusnya menjadi kaya!!Lebih tinggi ilmu kewangan yang kita miliki, lebih besar masalah kewangan yang kita boleh selesaikan dan lebih banyak wang yang kita boleh hasilkan!!Berbanding dengan individu yang melarikan diri dari masalah kewangan, berpura2 tidak mengalami masalah kewangan, kita sepatutnya bersyukur apabila menghadapi masalah kewangan kerana kita dapat menjadikan masalah itu sebagai peluang untuk menjadi lebih bijak ketika mengurus kewangan, inilah faktor utama kekayaan mereka!!Pada topik yang akan datang saya akan dedahkan pula mengapa orang miskin bertambah miskin.
"JALAN YANG MANA ANDA PILIH"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan