Jumaat, 31 Disember 2010

AZAM TAHUN 2011...1 BULAN 1 DINAR INSYAALLAH...


Assalamualaikum...Selamat Tahun Baru 2011 saya ucapkan..

Azam tahun baru 2011 saya tahun ni adalah untuk berubah daripada yang kurang baik kepada yang baik dan yang baik kepada yang lebih baik INSYAALLAH...Anda bagaimana???



Saya menyeru semua pembaca blog ini agar memasang azam untuk memartabatkan mata wang Islam iaitu 'Dinar Emas'. Jadi, mulakan langkah pertama anda dengan menyimpan 'Dinar Emas'..



Jika anda seorang yang berjimat cermat dan suka menyimpan wang anda (tak kira dalam akaun bank/asb/ssp/dll).Anda akan dapat jumlah wang yang anda simpan tetapi nilai wang anda adalah tidak sama dengan apa yang anda impikan..Ok saya bagi contoh jika anda berniat hendak menunaikan haji, kos menunaikan haji sejak 2002 dalam bentuk dinar adalah sebayak 65 dinar.Manakala pada tahun 2009 kos tersebut hanya tinggal 18 dinar sahaja. Ada ramalan mengatakan kos menunaikan haji pada tahun 2015 hanya tinggal 10 dinar sahaja. Begitulah hebatnya mata wang 'Dinar Emas'. mata wang sejak zaman Khalifah Umar Al-Khataab..



Di sini saya menyarankan anda untuk menyimpan 1 dinar untuk 1 bulan jika mampu...Jika tidak mampu boleh di ubah mengikut nilai yang anda mampu..Akan tetapi diharap anda ada menyimpan niat untuk menyimpan dinar ini walaupun bulan tersebut wang anda tidak mencukupi mendapatkan 1 dinar emas..



Harga 1 dinar emas pada 1 Januari 2011 adalah RM669..INSYAALLAH harga akan terus meningkat kpd RM7++ pada tahun 2011 nanti..Tanamkan azam tahun 2011...
"1 BULAN 1 DINAR"



Sekian, Myemasdinar4u


Rabu, 29 Disember 2010

Selamat Pengantin Baru : Mas Kahwin 1 Dinar dan hantaran Gold bar 20g

Pemberian Mas Kahwin ialah 1 Dinar Emas jenis 916. Harga today RM662



Kepada mereka yang belum berkahwin saya syorkan gunakan Dinar atau Dirham sebagai emas kahwin kerana nilainya tetap utuh dan tidak akan di mamah inflasi.



Pemberian Hantaran Jonkong Emas berat 20g Emas jenis 999.9. Harga today RM3206




Apa yang saya nak kongsikan dengan anda di luar sana pada hari ini ialah , ada pasangan yang berkahwin dengan menggunakan MAS KAHWIN dalam bentuk Dinar dan Dirham , samada menggunakan Dinar emas, Jongkong emas....tahniah kepada pasangan berkenaan.
Semuanya tak de masalah, atas kesedaran sendiri bukan di suruh atau dipaksa. Orang akan membeli emas dan perak jika dia memahami nilai yg ada pada emas.


Selasa, 28 Disember 2010

Emas Dijangka Meneruskan Pendakian, Ekoran Krisis Kewangan Yang Semakin Kritikal Di Eropah - Bloomberg


Beberapa hari kebelakangan ini, Gold & Silver bergerak Sideway atau Ranging, disebabkan permintaan ke atasnya yang sedikit menurun.Ianya disebabkan oleh tindakan Negara Cina yang menaikkan kadar interest nya bagi memacu semula pertumbuhan ekonomi yang semakin stabil. Fenomena ini telah menyebabkan permintaan ke atas Gold & Silver oleh Negara Cina sedikit berkurangan.Negara Cina merupakan pengimport terbesar komoditi ini selepas India. Walaubagaimanapun, ini merupakan peluang terbaik untuk kita membeli emas pada harga yang rendah, dan walaupun berkurangnya permintaan, Gold & Silver masih akan meneruskan pendakian ekoran krisis ekonomi dan kewangan yang semakin meruncing di Amerika dan Eropah.

Isnin, 27 Disember 2010

New Product Launching!! 250g 999 Gold Bar

Alhamdulillah, Public Gold baru sahaja melancarkan variasi produk yang terbaru iaitu jongkong emas seberat 250g.
Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki jongkong 250g ini, pesanan telah pun dibuka. Hubungi saya @ sms 019-5751570 (Nama Penuh, IC, Email, No. HP, Akaun Maybank @ PBank) untuk tempahan dan pembelian Jongkong Emas 250g 999.9

Jumaat, 24 Disember 2010

Dinar & Dirham Kelantan


Dinar Kelantan - KAKITANGAN Permodalan Kelantan Berhad, Ruzaini Yaakub, 24, menunjukkan matawang syariah Dinar Emas dan Perak Dirham Kelantan yang nilai mengikut beratnya pada Majlis Pelancaran Matawang Dinar Emas dan Perak Dirham yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC) di Kota Bharu, hari ini. Dinar dan Dirham Kelantan dilancarkan pada hari ini 12 Ogos 2010 bersamaan 2 Ramadhan 1431H. Bermulanya titik bersejarah penggunaan Dinar dan Dirham dalam sekala yang lebih besar dalam muamalah harian umat Islam di Kelantan.Bersama kita kembali kepada muamalah Islam yang sebenar dengan menggunakan dinar dan dirham..

Khamis, 23 Disember 2010

Inisiatif Malaysia Dalam Memperkenalkan Dinar Emas.


Penggunaan dinar emas telah mula disuarakan oleh Dr. Mahathir bin Mohamad perdana menteri Malaysia yang keempat.
Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang dikenali dunia sebagai seorang yang bersuara lantang dan memiliki daya tahan yang tinggi di pentas politik antarabangsa.
Dr. Mahathir telah memainkan peranan yang penting di dalam menetapkan wawasan 2020 - satu visi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
Pada tahun 2001, Dr. Mahathir telah menyuarakan idea mengenai sistem pembayaran berteraskan emas - sistem dinar emas. Ia bertujuan membayar jumlah perdagangan dua negara ataupun berbilang negara sekali gus mengelakkan risiko kerugian di dalam urus niaga mata wang. Dengan kaedah ini emas akan digunakan sebagai media pertukaran dan unit akaun berbanding mata wang negara terbabit.
Harga bagi setiap import dan eksport akan disebut di dalam nilai berat emas.
Proposal ini bertujuan mencari sistem alternatif bagi mengelakkan ketidakpastian situasi ekonomi yang terdedah kepada ancaman manipulasi mata wang dan aktiviti spekulasi. Antara pengajaran yang diperoleh daripada krisis mata wang tahun 1997.
1. Wang kertas tidak mempunyai nilai - ia cuma nombor yang dicetak di atas kertas
2. Sistem kewangan global adalah tidak stabil dan tidak adil.
3. Negara membangun mempunyai sedikit ataupun tiada langsung pertahanan dari aktiviti spekulasi mata wang.
4. untuk melindungi diri sendiri, sesebuah negara perlu membina sistem perdagangan sendiri berteraskan nilai sebenar.
5. Emas mempunyai nilai yang stabil, selamat dan diterima di seluruh negara sebagai media pertukaran

Matawang Dollar Bakal Di Cetak 600 Billion!! Inflasi Akan Meningkat, Permintaan Gold & Silver Akan Berganda






18 December 2010
Hari ini di Utusan Malaysia, Tun Mahathir Muhammad sekali lagi memberikan pandangan berkaitan emas. Agak ketara penekanan beliau dalam aspek penggunaan emas ini oleh beliau sejak akhir2 ini.Kalau info yang saya dapat ni betul, Tun Mahathir dan Pak Lah adalah diantara individu di Malaysia yang paling banyak menyimpan emas!!Bermakna mereka telah bersedia untuk menghadapi keruntuhan sistem ekonomi global dalam tempoh beberapa tahun lagi. Sungguhpun begitu, beliau masih tak jemu2 memberi kesedaran dan galakan kepada kita semua agar menyimpan emas.Namun berapa kerat yang sedar akan hakikat ini..?Adakah anda sudah bersedia???


JIKA ANDA SIMPAN EMAS!!!


kalau simpan emas????kenaikan adalah melebihi.27% (harga di cerap dari 21 dec 2009 - 22 dec 2010)
Harga 22 Disember 2010 =USD1385.20
Harga 21 Disember 2009 =USD1090.20
Jadi renung-renungkan......yang mana lebih menguntungkan?????

Berita ASB


Assalamualikum...
ramai orang gembira tengok dividen ASB dah di umumkan pada 20/12/2010....alhamdulillah......sebab tu best kalau simpan ASB...dapat pasif income setinggi 7.5% dan bonus 1.25%....total 8.75%..

Gambar 2009



Gambar 2010


Rabu, 22 Disember 2010

EMAS DAN DINAR


Sabda Rasulullah SAW: “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” – Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Ahad, 19 Disember 2010

EMAS DAN DINAR



Rupa2nya setelah saya kaji dan selidiki, kunci utama yang perlu diketahui ialah sebenarnya sistem kewangan kini sudah tidak adil lagi. Justeru, amat penting untuk kita ketahui peraturan2 dalam sistem kewangan masa kini dan kita perlu mengambil kesempatan dari nya.Jika kita hanya mengikut sistem yang telah dimanipulasi ini secara bulat2, selama itulah kita takkan mencapai kebebasan kewangan. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan kebijaksanaan mnengurus kewangan, dan kebijaksanaan ini hanya dapat dicapai apabila anda mampu menyelesaikan masalah kewangan anda!!Orang kaya menjadi kaya disebabkan mereka mempelajari bagaimana untuk menyelesaikan masalah kewangan, dan mereka melihat masalah kewangan sebagai peluang untuk belajar, menimba pengetahuan dan untuk menjadi lebih bijak seterusnya menjadi kaya!!Lebih tinggi ilmu kewangan yang kita miliki, lebih besar masalah kewangan yang kita boleh selesaikan dan lebih banyak wang yang kita boleh hasilkan!!Berbanding dengan individu yang melarikan diri dari masalah kewangan, berpura2 tidak mengalami masalah kewangan, kita sepatutnya bersyukur apabila menghadapi masalah kewangan kerana kita dapat menjadikan masalah itu sebagai peluang untuk menjadi lebih bijak ketika mengurus kewangan, inilah faktor utama kekayaan mereka!!Pada topik yang akan datang saya akan dedahkan pula mengapa orang miskin bertambah miskin.
"JALAN YANG MANA ANDA PILIH"